Wednesday, 18 January 2012

PerSahabatAn KerNa ALLAH ..:D


Bismillah
Alhamdulillah

Apa yang anda fikirkan bila memikirkan soal persahabatan. Apa yang terbayang di fikiran kita bila melihat wajah-wajah sahabat. Saya ingat lagi sewaktu saya berada di sekolah menengah dulu, saya selalu didatangi pening dek kerana sahabat. Mungkin sebab saya pelik melihat satu kumpulan 'kawan baik' kononya teman tawa dan sedih bersama, tapi dalam masa yang berlainan boleh duduk mencaci dan menghina kawan-kawan 'baik' mereka tanpa pengetahuan kawan. Cakap belakang@mengumpat@memburukkan kata orang kampung saya.

Itu dahulu...ketika mana saya masih kurang arif tentang makna perjuangan.

Masuk saya ke Nilam Puri seingat saya semasa saya semester tiga, saya mula merasakan satu perasaan ukhuwah yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Perasaan ukhuwah yang didasari dengan ikatan perjuangan mendaulah Islam.  Hebat sangat perasaan itu. Timbul rasa kasih dan sayang pada sahabat seperjuangan yang tidak berbelah bahagi. Rasa itu datang dibawa oleh satu latihan dan didikan dari marhalah perjuangan.

Mahu tahu rasa itu bagaimana?

Rasa kasih sayang itu menjadikan kita semakin yakin untuk menghadapi manusia sekeliling. Baru tahu apa yang dimaksudkan dengan makna ukhuwah lillah abadan-abada. Baru tahu apa yang dimaksudkan dengan ukhuwah kita hingga ke Syurga. Baru tahu  rasanya berteman  dengan manusia yang sanggup mengorbankan diri hanya kerana ukhuwah kerana Allah, demi sahabat.

Alhamdulillah...Allah mengurniakan saya perasaan itu.

Lain rasa itu berbanding punya sahabat dunia semata. Kerana rasa ukhuwah itu berdasarkan perjuangan menegakkan panji Ilahi. Sama seolah mereka adalah keluarga. Sama seolah kehilangan mereka membawa resah.


Manis rasa itu.


Sekiranya ada pergolakan atau salah faham, keyakinan mantap...masam muka itu tidakkan lama. Yakin tidak bertegur sapa itu bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Tidak peduli apa yang orang sekeliling nilai dari keadaan masam muka yang berlaku...tidak risau dengan keadaan itu, kerana tetap yakin persahabatan itu diikat oleh satu ikatan ukhuwah yang berdasarkan satu tapak yang kukuh. Bukan senang untuk di ganggu gugah. Kuasa persahabatan natijah dari masam muka itu mendatangkan sakit. Mendatangkan pening, mengalirkan air mata. Dek kerana rindu dengan sahabat-sahabat. Dek kerana tidak sanggup berterusan begitu.

Begitulah nilainya persahabatan sebenar yang saya temui bila saya semakin menginjak dewasa.

Kuasa persahabatan yang sangat hebat.
Alhamdulillah...Terima Kasih Allah
Terima kasih sahabat-sahabat.
Terima Kasih semuanya...
Terima kasih PMIUM

Kepada sahabat-sahabatku sekalian...Terimakasih atas 'rasa' yang kalian berikan. Minta maaf jika selama ini ada kasar bahasa, tersinggung kata dan segala macam salah yang telah dilakukan. Sesungguhnya adanya kalian di sisi adalah satu anugerah yang tidak ternilai tinggi maknanya. Biarlah seluruh dari 'sahabat-sahabat' kita yang lain tidak berada dibelakang.. lari mencari haluan sendiri...tapi adanya kalian sudah cukup sebagai penguat dan pembantu tegar dalam perjuangan ini. Sesungguhnya...pertemuan kita dan persahabatan kita biarlah membawa kita sama-sama ke Syurga. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.

Terimakasih sahabat...

Tuesday, 17 January 2012

Mutiara Persahabatan..(^-^)

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Manusia yang paling lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.

Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan..